Program dan Aktiviti KPM di bawah Bimbingan USTP


Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP) berperanan sebagai pembimbing, penyelaras dan pembantu teknikal di peringkat daerah masing-masing bagi memastikan pelaksanaan program dan aktiviti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan teknologi pendidikan dan sumber digital dapat dijalankan dengan berkesan di sekolah.

USTP turut menjadi pemangkin kepada pembangunan kompetensi digital warga sekolah, keselamatan siber, inovasi PdP, serta pengukuhan budaya literasi digital dalam kalangan guru dan murid.

Antara program dan aktiviti utama di bawah bimbingan USTP ialah:

1. Pelantar Pembelajaran Digital

  • Digital Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa)

2. Pembangunan Kompetensi Digital

  • Digital Competency Score (DCS)
  • Standard Kompetensi Digital bagi Guru Penyelaras Bestari (GPB), Guru Penyelaras ICT (GPICT), dan Guru Perpustakaan dan Media (GPM)

3. Penghasilan Kandungan dan Kreativiti Digital

  • Digital Storytelling Animation (DSTA)
  • Video Kreatif Pendidikan
  • Penerbitan Bahan PdP Digital seperti Rancangan TV Pendidikan, EduWebTV, CikgooTUBE, Augmented Reality (AR) dan Gamefikasi

4. Cabaran dan Pertandingan Digital

  • Minecraft Challenge: Education Edition
  • National ICT Security Discourse (NICTSeD) – CyberSAFE Challenge
  • Cabaran Keselamatan Siber Nasional (CAKNA)
  • We Think Digital
  • Drone Edu Challenge 4.0
  • iOS App Ideation Challenge

5. Literasi dan Inovasi Pendidikan

  • Program Galakan Membaca (NILAM, Kempen Gerakan Membaca, Anugerah NILAM, Penulisan, dll.)
  • Inovasi Pendidikan Digital

6. Pengurusan dan Pembangunan Pusat Sumber Sekolah

  • Pembangunan dan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
  • Khidmat Nasihat dan Bimbingan Pusat Sumber Sekolah
  • Khidmat Bantu Teknikal dalam Pengintegrasian Digital dan Teknologi Pendidikan

Post a Comment

Previous Post Next Post