Berita Baik: Jom Dapatkan Sijil Google Educator (GCE) Secara Percuma Sekarang!


Hari ini saya ingin berkongsi berita yang sangat gembira (dan mungkin mengejutkan) untuk warga pendidik, pegawai, dan pelajar semua. Google kini membuka pendaftaran untuk pensijilan profesional mereka secara PERCUMA.

Namun, suka untuk saya ingatkan bahawa status percuma ini mungkin untuk tempoh sementara sahaja. Setakat ini tiada tarikh tamat rasmi dinyatakan, jadi ada kemungkinan bayaran yuran akan dikenakan semula pada bila-bila masa.

Oleh itu, jangan tunggu lagi! Anggaplah ini satu peluang keemasan untuk kita dapatkan pengiktirafan antarabangsa tanpa mengeluarkan modal.

Berikut adalah panduan lengkap, cara daftar, dan info format peperiksaan terkini untuk rujukan anda.

1. Berita Paling Gembira: TIADA LAGI PANTAUAN KAMERA

Ini adalah perubahan besar yang sangat melegakan.

Untuk KESEMUA jenis peperiksaan (sama ada Gemini Certified Educator, Level 1, atau Level 2), calon TIDAK PERLU membuka kamera (webcam) semasa menjawab soalan.

  • Tiada lagi isu privasi: Anda boleh menjawab dengan tenang di ruang peribadi.
  • Kurang Tekanan: Tidak perlu risau mata memandang atau isu teknikal sambungan webcam.
  • Fokus Penuh: Anda boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada soalan dan tugasan.

2. Cara Mendaftar (Langkah Demi Langkah)

Proses pendaftaran kini terbuka kepada semua jenis emel. Ikut turutan mudah ini:

  • Akses Laman Web: Layari pautan rasmi: https://educertifications.google/
  • Log Masuk (Login): Anda bebas memilih mana-mana akaun emel:
    • Emel Rasmi Pegawai/Kerja
      Emel DELIMa (@moe-dl.edu.my)
      Emel Peribadi (@gmail.com)
  • Pilih Pensijilan: Klik butang 'Register' pada Educator Level 1 (atau Level 2 jika anda sudah lulus Level 1).
  • Isi Profil: Lengkapkan maklumat diri anda dengan betul.
  • Sedia: Selepas selesai, anda boleh terus akses untuk menduduki peperiksaan.

INFO PENTING:

  1. Tawaran percuma ini mungkin tamat pada bila-bila masa. Daftar sekarang untuk "lock" peluang anda.
  2. Selepas berjaya daftar, anda WAJIB menjawab peperiksaan dalam tempoh 14 HARI.

3. Format Baharu Peperiksaan (Mulai Disember 2025)

Bagi calon Google Certified Educator (GCE) Level 1 dan Level 2, format soalan kini telah berubah. Anda perlu bersedia dengan dua bahagian utama ini:

Bahagian 1: Soalan Objektif

  • Mengandungi - Level 1 35 soalan & Level 2 25 soalan.
  • Bentuk aneka pilihan (Multiple Choice) atau suaikan (Drag-and-drop).

Bahagian 2: Tugasan Praktikal (Scenario-Based) Ini bahagian yang menguji kemahiran teknikal. Anda akan diberikan 3 Soalan Tugasan Utama.

  • Akaun Khas: Google akan memberikan satu Akaun Test (akaun sementara) untuk anda log masuk semasa ujian.
  • Bentuk Tugasan: Anda perlu menyelesaikan masalah dalam aplikasi sebenar seperti Google Classroom, Drive, Slides, dan lain-lain.
  • Contoh Situasi:
  • "Bina satu kelas baharu dalam Google Classroom dan jemput pelajar..."
  • "Muat naik (upload) fail minit mesyuarat ke dalam folder Google Drive..."
  • "Semak markah tugasan pelajar dan pulangkan gred..."
  • "Gunakan formula mudah dalam Google Sheets untuk kira kehadiran..."

4. Google Perkenal Pensijilan "Gemini Certified Educator" (Bonus)

Selain GCE Level 1 dan Level 2, anda juga boleh ambil sijil AI iaitu Gemini Certified Educator.

  • Cara Daftar: Sama seperti langkah di atas.
  • Syarat: Mesti jawab dalam masa 14 hari selepas daftar.
  • Kelebihan: Juga percuma dan tiada kamera.

Kesimpulan

Peluang seperti ini jarang datang berkali-kali. Memandangkan kita tidak pasti sampai bila tawaran percuma ini akan dibuka, saya sarankan anda bertindak sekarang.

Jangan tangguh, terus daftar malam ini juga. Sekurang-kurangnya nama anda sudah ada dalam sistem sebelum Google mengubah polisi bayaran ini semula.

Selamat maju jaya dan semoga beroleh sijil Google Certified Educator! - kredit helmifirdaus.com

Post a Comment

Previous Post Next Post