Berjaya Lulus Gemini Certified Educator! Jom Ambil Pensijilan Percuma Ini


Alhamdulillah, saya berjaya lulus Exam Gemini Certified Educator daripada Google for Education. Ini merupakan salah satu pencapaian penting untuk melengkapkan kemahiran digital semasa, terutama dalam penggunaan AI pendidikan. Exam ini sangat membantu saya memahami bagaimana Gemini boleh dimanfaatkan dalam pengajaran, pengurusan tugasan dan kerja harian.

Saya ingin mengajak anda semua – guru, pendidik, pegawai pendidikan atau sesiapa sahaja yang berminat – untuk turut sama mendapatkan pensijilan Gemini Certified Educator ini. Ia mudah, percuma, dan sangat berbaloi untuk menambah kredibiliti profesional anda.

Apa itu Gemini Certified Educator?
Pensijilan ini disediakan oleh Google for Education bagi memberi pendedahan kepada pendidik tentang penggunaan Gemini dalam pendidikan. Ia menunjukkan bahawa anda mahir menggunakan AI secara efektif dan beretika dalam tugasan harian.

Cara Ambil Exam Gemini Certified Educator:

  • Daftar di: https://educertifications.google/
  • Selepas daftar, anda wajib menduduki exam dalam masa 14 hari
  • Tidak perlu buka kamera
  • Anda hanya menjawab 37 soalan objektif
  • Tiada had masa menjawab
  • 100% PERCUMA
  • Jika tidak lulus, boleh ulang semula selagi dalam tempoh 14 hari. Jika tempoh tamat, daftar baharu dan ambil semula.

Berapa soalan perlu betul untuk lulus?
Anda perlu betul sekurang-kurangnya 80%, iaitu 30 daripada 37 soalan untuk melayakkan anda menerima sijil.

Jadi, jom sertai dan dapatkan pensijilan terkini ini. Mudah, cepat, dan sangat bernilai untuk kerjaya anda dalam dunia pendidikan digital! - helmifirdaus.com

Post a Comment

Previous Post Next Post