Dalam dunia pendidikan digital hari ini, peranan guru semakin berubah, bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi juga mencipta pengalaman pembelajaran yang menarik dan berkesan.
Salah satu platform yang semakin penting dalam dunia PdPc digital ialah Canva Education.
Jika dahulu Canva dikenali sebagai platform untuk membuat poster dan slaid, kini Canva telah melangkah jauh ke hadapan dengan kemas kini terkini yang menjadikannya alat pengajaran digital serba lengkap.
Lebih menarik, semua fungsi ini boleh digunakan secara percuma melalui akaun Canva for Education.
Berikut ialah 5 fungsi baharu yang wajib diterokai oleh guru masa kini.
1. Magic Video - Hasilkan Video Dalam Satu Minit
Fungsi Magic Video membolehkan guru menghasilkan video PdPc, laporan aktiviti sekolah, atau refleksi pelajar dengan sangat cepat.
Hanya pilih video, taip arahan (prompt), dan Canva AI akan menyunting video anda secara automatik dalam masa kurang satu minit.
Cikgu tak perlu lagi risau tentang kemahiran edit video, semuanya dilakukan oleh AI.
2. Magic Activities - Aktiviti Interaktif Automatik
Fungsi ini membantu guru menjana bahan pembelajaran interaktif secara automatik.
Masukkan topik atau objektif PdPc, dan AI akan mencadangkan aktiviti digital yang engaging serta sesuai untuk murid. Ia sangat berguna untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna.
3. Canva Forms - Penilaian dan Maklum Balas Dalam Satu Tempat
Kini guru boleh menambah borang penilaian, kuiz, atau refleksi murid terus dalam reka bentuk Canva tanpa perlu keluar ke aplikasi lain. Cuma pilih template form dalam tab Elements, ubah suai, dan terus gunakan dalam projek atau aktiviti PdPc. Semua maklum balas pelajar boleh dikumpulkan secara terus dan kemas.
4. Guided Presentations - Bina Slaid Dengan Bantuan AI
Dengan fungsi ini, Canva akan membimbing guru membina slaid mengikut struktur pembentangan yang jelas dan profesional. AI akan bertanya tentang objektif, sasaran audien, dan mesej utama, kemudian membantu menyusun kandungan agar lebih tersusun dan mudah difahami. Ibarat ada pembantu peribadi yang membantu anda menyediakan bahan PdPc terbaik!
5. Canva Code 2.0 - Laman Interaktif Dari Canva
Canva Code 2.0 membuka peluang baharu untuk guru membina laman interaktif secara terus dari Canva.
Antara kelebihannya:
-
Capture data pelajar terus ke Canva Sheets.
-
Edit kandungan secara langsung tanpa perlu ubah platform.
-
Terbitkan laman web interaktif (boleh dilindungi kata laluan atau guna domain sendiri).
Fungsi ini menjadikan Canva bukan sekadar alat reka bentuk, tetapi juga sebagai platform pembelajaran digital yang menyeluruh.
Kesimpulannya, Canva Education kini bukan lagi aplikasi reka bentuk biasa, ia adalah alat revolusi digital yang mampu membantu guru meningkatkan kreativiti, produktiviti, dan keberkesanan PdPc.
Dengan teknologi AI dan fungsi interaktif baharu, Canva kini menjadi rakan utama dalam transformasi pendidikan digital.
Jika anda seorang pendidik, inilah masa terbaik untuk meneroka potensi sebenar Canva Education.
Daftar secara percuma di https://www.canva.com/education dan jadikan PdPc anda lebih menarik, pintar dan berimpak!

