Bengkel Gemini Certified Educator Perkasa Kompetensi Digital PPD Kuala Terengganu

Bengkel Pensijilan Gemini Certified Educator anjuran PPD Kuala Terengganu pada 8 Disember 2025 di Bilik Mesyuarat SISC+, PKG Durian Burung berlangsung dalam suasana santai, profesional dan penuh tumpuan. Program ini memberi pendedahan penting dalam memperkukuh kompetensi digital selaras dengan Dasar Pendidikan Digital (DPD) KPM, bagi meningkatkan kemahiran pegawai dan guru dalam menghadapi cabaran teknologi serta digital di abad ke-21.

Sesi perkongsian dikendalikan oleh helmifirdaus.com bersama pegawai USTP, dengan sokongan fasilitator yang membantu menjayakan setiap segmen latihan. Kombinasi kepakaran ini memberi impak besar kepada pemahaman peserta terhadap aplikasi dan penggunaan teknologi pendidikan masa kini.

Program ini turut menerima dokongan penuh daripada Tuan PPD Kuala Terengganu, barisan Timbalan PPD, serta semua pegawai termasuk SISC+ dan SIP+. Kerjasama menyeluruh ini menjadi bukti komitmen daerah dalam memperkasa ekosistem digital yang lebih mantap dan progresif.

Semua peserta berjaya menamatkan bengkel seterusnya menerima sijil pengiktirafan, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha meningkatkan kecakapan digital warga pendidikan daerah.

Dengan semangat Tiwikrama Digital, diharapkan segala ilmu yang diperoleh mampu dimanfaatkan dalam memperkasa pembelajaran digital dan memacu inovasi pendidikan di PPD Kuala Terengganu. Tahniah kepada semua dan terus melangkah maju!

Warna-Warni Bengkel Gemini

Post a Comment

Previous Post Next Post