All The Best, Calon SPM!

TINTA HELMIFIRDAUS.COM

Tarik Nafas,
Buat Sehabis Baik!

Gambar SPM

Klik pada gambar untuk paparan penuh

Assalamualaikum & Salam Semangat buat adik-adik calon SPM!

Pejam celik, hari yang dinanti dah tiba. Debaran di dada tu normal. Di sebalik ketenangan tu, pasti ada pengorbanan masa, tenaga, dan tidur yang tak menentu semata-mata nak buat yang terbaik.

Sebagai generasi digital, korang memang survivor! Cari nota di hujung jari, bergelut dengan pelbagai cabaran belajar, tapi korang tak pernah give up. Tahniah untuk semangat tu!

"

Bawa tenang bila masuk dewan nanti. Kertas exam tu cuma nak uji apa yang kita dah baca, tapi adab, usaha ikhlas dan doa kitalah yang sebenarnya akan bawa kita pergi jauh dalam hidup.

Satu je pesanan akhir: Sebelum melangkah ke dewan, minta halalkan ilmu dari guru-guru dan mohon restu mak ayah. Percayalah, doa mereka itu 'superpower' yang akan melapangkan minda dan memudahkan urusan korang.

All the best! Buat sehabis baik dan tawakal.

Ikhlas Daripada,

helmifirdaus.com

USTP
Sektor Pembelajaran, PPD Kuala Terengganu

Post a Comment

Previous Post Next Post