Bengkel Perkasakan Kualiti Minecraft Education Challenge 2026

Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Terengganu telah berjaya menganjurkan Bengkel Penjurian Minecraft Education Challenge 2026 peringkat daerah.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari (13 & 14 Mei 2026) ini diadakan bertempat di STEM Hub, USTP Bukit Besar, Kuala Terengganu. Sesi ini dikendalikan oleh pentadbir helmifirdaus.com sebagai langkah strategik bagi menjamin kualiti penyertaan daripada sekolah-sekolah daerah Kuala Terengganu.

Objektif Utama Bengkel:
  • Meningkatkan Kualiti & Kuantiti: Memastikan penyertaan sekolah bukan sahaja kompetitif dari segi bilangan, malah memenuhi standard teknikal yang ditetapkan.
  • Penyediaan Calon Unggul: Melahirkan wakil daerah yang berkualiti tinggi bagi menghadapi saingan di peringkat negeri seterusnya ke peringkat kebangsaan.
  • Penyelarasan Skor: Menyelaraskan kriteria pemarkahan agar proses pemilihan pemenang adalah adil dan telus.
Sesi intensif ini melibatkan sembilan orang juri yang terdiri daripada barisan guru pakar digital. Kepakaran mereka ditagih bagi mengenal pasti bakat-bakat muda yang mampu membawa cabaran daerah ke tahap tertinggi.

Pihak penganjur merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua hakim yang hadir atas komitmen dan sumbangan profesional sepanjang dua hari bengkel ini berlangsung. Syabas diucapkan kepada semua warga pendidik yang terus memacu transformasi digital pendidikan.

Post a Comment

Previous Post Next Post