Lawatan Penanda Aras Delegasi Pendidikan Pahang ke PKG Kuala Terengganu


Jam 2.30 petang hari ini, Hub STEM PKG Bukit Besar menjadi saksi satu pertemuan strategik dan bermanfaat. Kami di Unit Sumber & Teknologi Pendidikan (USTP) PPD Kuala Terengganu berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi SSTP JPN Pahang, yang disertai oleh 11 Timbalan PPD Sektor Pembelajaran serta 11 Penolong PPD USTP mewakili daerah masing-masing dari seluruh negeri Pahang.

Bukan Sekadar Bangunan, Tapi Nadi Digital

Perkongsian hari ini memfokuskan kepada transformasi fungsi Pusat Kegiatan Guru (PKG). Di Kuala Terengganu, tiga buah PKG kami beroperasi bukan sekadar pusat sumber, tetapi sebagai penggerak utama Dasar Pendidikan Digital KPM. Kami berkongsi bagaimana kluster USTP digerakkan daripada pemerkasaan digital, Pusat Sumber Sekolah (PSS), aktiviti NILAM dan pusat pembinaan bahan media dan pdp. PKG juga turut menjadi pusat aktiviti dan pertandingan digital termasuk Mobile Legend, STEM, Robotik dan pertandingan PSS dan NILAM.

Center of Excellence (CoE) & Hub STEM

Delegasi telah dibawa melihat sendiri bilik studio Center of Excellence (CoE) di PKG Bukit Besar, selain diberi penerangan fungsi studio dan istimewa Kuala Terengganu mempunyai studio lengkap di PKG Durian Burung.

  • Studio Rakaman PdP & Podcast: Tempat guru-guru mengasah bakat menghasilkan konten pendidikan kreatif.
  • Studio Peneraju (PKG Durian Burung): Bertindak sebagai hub utama rakaman PdPc, podcast, dan fotografi profesional bagi guru-guru daerah Kuala Terengganu.
  • Hub STEM: Hub aktiviti Robotik, Virtual Reality (VR), dan pencetakan 3D.



Keunikan kami juga terletak di Hub STEM PKG Bukit Besar. Melalui tajaan dan kerjasama penuh Yayasan PETRONAS, hub ini dilengkapi dengan peralatan canggih seperti 3D Printer Bambu Lab (4 color filament) dan Laser Cutter. Peralatan ini digunakan secara optimum oleh guru-guru di bawah Program Duta Guru (PDG) untuk membina bahan bantu mengajar (BBM) yang inovatif.

Automasi dan Dashboard: Efisien & Menjimatkan

Kami juga mendedahkan tentang pengurusan efisien melalui Dashboard USTP Kuala Terengganu. Menariknya, turut dikongsikan berkaitan sistem tempahan fasiliti USTP Kuala Terengganu kini berfungsi secara automasi menggunakan aplikasi sedia ada. Ia bukan sahaja memudahkan urusan guru, malah sangat menjimatkan kos pengurusan.

Pembangunan Robotik SK Rengas Bekah

Satu lagi pengisian penting adalah perkongsian mengenai SK Rengas Bekah. Usaha murni sekolah ini dalam membangunkan bakat murid melalui aktiviti robotik mendapat sokongan penuh daripada PPD dan Jabatan. Ini adalah contoh terbaik bagaimana sekolah boleh memperkasakan program robotik sedia ada KPM dengan sokongan ekosistem PKG yang mantap.

Post a Comment

Previous Post Next Post