Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat semua pengunjung helmifirdaus.com yang beragama Islam.
Alhamdulillah, bermula 19 Februari 2026, kita di Malaysia sekali lagi diberi rezeki dan peluang untuk menyambut bulan yang penuh barakah ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak 1447H.
Semoga segala amal ibadah dan puasa kita sepanjang bulan yang mulia ini diterima oleh Allah S.W.T. Sama-samalah kita berusaha dan berdoa agar Ramadan kali ini menjadi yang lebih baik dan bermakna buat kita semua berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Selamat menjalani ibadah puasa!
Ikhlas,
helmifirdaus.com

