Kelebihan Hari Jumaat Dalam Islam


Hari Jumaat adalah hari istimewa bagi umat Islam. Ia disebut sebagai hari yang penuh keberkatan, keampunan dan peluang mendekatkan diri kepada Allah. Banyak hadis sahih menjelaskan kelebihannya, dan inilah antara yang paling utama.

1. Hari Penghapus Dosa

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

الصَّلَاةُ الْخَمْسُ، وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ، كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ، مَا لَمْ تُغْشَ الْكَبَائِرُ

Maksudnya:

“Solat lima waktu, Jumaat kepada Jumaat berikutnya adalah penghapus dosa selagi tidak melakukan dosa besar.” [Riwayat Muslim]

Hari Jumaat membuka peluang untuk kita reset diri, bertaubat dan memperbaiki amalan.

2. Penghulu Segala Hari

Rasulullah SAW bersabda bahawa hari Jumaat ialah hari paling agung, lebih mulia daripada Aidilfitri dan Aidiladha. Pada hari ini juga Nabi Adam diciptakan, diturunkan ke bumi dan diwafatkan. Kiamat juga akan berlaku pada hari Jumaat, maksud hadis riwayat Ibn Majah & Ahmad.

3. Ada Waktu Mustajab Doa

Pada hari Jumaat terdapat satu waktu doa dimustajabkan. Ulama menyebut ia kemungkinan antara Asar hingga Maghrib. Gunakan waktu ini untuk memohon apa sahaja kebaikan.

Dalam hadis sahih, Nabi SAW bersabda:

Maksudnya:

“Pada hari Jumaat terdapat satu ketika, tidaklah seorang hamba Muslim berdiri solat lalu meminta sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan memberikannya.” [Riwayat Bukhari & Muslim]

4. Pahala Besar Solat Jumaat

Solat Jumaat memberikan ganjaran berganda kepada lelaki yang mengerjakannya. Antara kelebihannya:
  • Pengampunan dosa antara dua Jumaat
  • Malaikat mencatat kedatangan paling awal sebagai paling banyak pahala
  • Setiap langkah ke masjid adalah pahala sedekah
Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna, kemudian pergi ke solat Jumaat… setiap langkahnya dikira seperti pahala puasa dan solat malam selama setahun.” [Riwayat al-Tirmizi]

5. Galakan Membaca Surah Al-Kahfi

Nabi SAW bersabda:

Maksudnya:

“Sesiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” [Riwayat al-Hakim]

6. Perbanyak Selawat

Hari Jumaat adalah masa terbaik untuk memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW kerana ganjarannya sangat besar.

Baginda bersabda:

Maksudnya:

“Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari Jumaat.” [Riwayat Abu Dawud]

Penutup

Hari Jumaat ialah hari yang penuh peluang. Amalan-amalan seperti membaca Al-Kahfi, memperbanyakkan selawat, berdoa pada waktu mustajab dan menunaikan solat Jumaat adalah cara mudah meraih pahala besar. Semoga setiap Jumaat menjadikan kita lebih dekat dengan Allah.

Post a Comment

Previous Post Next Post